Sunday, 20 December 2015

EPILOG

Isnin . 14 Disember 2015

Hari ni cuti . Tapi ada kelas . Exam pun dah makin dekat . Rugi rasanya kalau tak pergi . Aku pun bukan pandai sangat . Masa akhir-akhir ni lah kena rajin pergi . Kalau tak fokus pun mungkin akan terlekat juga satu dua benda yang disebut dalam kelas tu .Kelas 3 jam mustahil la tak ada satu benda yang melekat kat kepala tu. Manalah tahu kut-kut dapat tips percuma tak pun soalan ala-ala bakal keluar waktu exam nanti ke kan . . Hari ni kaki rasa semakin ringan langkah ke kelas . Kelas hari ni tak macam selalu . Yelah cuti kan . Bola punya pasal . Mungkin apa aku cakap ni Cuma alasan . Mungkin aku takut aku akan rugi bukan sebab tak pandai sangat , bukan sebab tips atau soalan bocor . Tapi mungkin aku takut rugi tak dapat masuk kelas yang paling best untuk semester ni . Mungkin aku takut aku rasa rugi tak tengok macam-macam karenah yang ada dalam kelas ni . Mungkin aku takut rasa rugi tak ada dalam satu-satunya kelas yang aku rasa dihargai walau caranya berlainan dari kelas lain. Dan akhirnya Setelah 2 jam lebih kelas tamat . Tapi kelas hari ni berbeza . Mulanya lambat sedikit dan habisnya pulak awal,lebih kurang 15 minit . Tapi dah cukup memberi epilog yang mencipta memori bagi aku . Epilog yang membuatkan aku tak serik untuk bersama dengan mereka sekali lagi semester depan. . Thank you so much guys ! Yeah , Thank you Sir . Im proud to be one of your student . Bukan mengampu . Ikhlas J

Saturday, 19 December 2015

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum . . pertama sekali alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas pada hari ni . Alhamdulillah atas tugas yang hampir ke penghujungnya . Ye .. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar akhirnya walaupun ada video yang terpaksa shoot balik dan diubah suai mengikut kesesuaian dan supaya penonton faham . Setakat ni aku rasa aku dengan ahli kumpulan aku dah berikan terbaik semampu kami dan bagi kerjasama sepenuhnya untuk siapkan video ni . kepada classmate yang lain yang sudi membantu tu . Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat .  Walaupun di saat akhir terpaksa shoot balik dan masa nak shoot balik video tu la hujan akan turun tapi tu semua tak patahkan semangat aku dan ahli kumpulan aku untuk siapkan video ni . Hujan turun pun kami berlakon jugak tau . Nampak tak gigihnya tu ? haa .. Dengan adanya kerja berkumpulan ni aku rasa makin rapat dengan classmate yang kalau tak masing-masing dengan tempat duduk dan kawan sebelah masing-masing ja . Dengan adanya ice breaking yang sir buat ni aku dapat kenal dan rapatkan hubungan dengan kawan yang lain . Pada mulanya memang la krik krik sikit kan sebab masing-masing tak kenal lagi cara masing-masing tapi bila dah lama-lama .. haa dah rapat la jugak . Alhamdulillah ...

Sunday, 13 December 2015

PROLOG

Prolognya sewaktu aku mula berada di tempat baru ini . Aku tak yakin . Sungguh tak yakin aku mampu berada di sini . Tak yakin aku cukup bersedia untuk berada di sini pada waktu itu. Tak yakin untuk mulakan hidup baru aku di sini sebagai seorang pelajar untuk sekali lagi . Ini bukan betul-betul minat aku .  Jauh di sudut hati , bukan kehendak aku . Memang aku yang pilih tapi bukan mengikut pilihan hati aku .Bukan ..  Tapi mengikut pilihan yang mungkin dapat mengubah  masa hadapan aku atau lebih tepat masa hadapan keluarga aku . Mungkin aku rasa kurang baik bagi aku pada tika itu  tapi jika baik untuk permata hati aku , ia akan jadi yang terbaik untuk aku kelak. InshaAllah .. .Ini pilihan yang aku ambil pada waktu prolog dulu. Ada kalanya aku hampir berputus asa dengan pilihan aku. Cuma aku tak mampu untuk tunjuk . . Mungkin aku kurang mencuba . Mungkin aku tak tunjukkan usaha . Mungkin .. Aku pun tak tahu . Walau bagaimanapun,  aku sudah melepasi permulaannya .. Sekarang aku berada di pertengahan pilihan ini . Hampir ke klimaks nya . . Apa yang aku tahu , aku perlu lebihkan usaha di tahap ini . . 

Monday, 7 December 2015

PENDAFTARAN KURSUS AWAL -,-

Assalamualaikumm .. 
Hari ni tepat ja pukul 12 tadi bermula lah satu hari yang membuatkan smpweb ukm slow,ralat, tak boleh bukak dan sebagainya .. Semuanya sebab kena daftar kursus awal . Tambah-tambah untuk pelajar fakulti ekonomi dan pengurusan macam aku ni . Pelajar yang diambil untuk setiap subjek dengan set pun limited . Kena berebut tempat untuk pilih set ikut waktu yang kita nak dan supaya tak clash dengan subjek yang lain . Macam aku , aku pastikan hari jumaat tak ada kelas dan kalau boleh taknak kelas awal pagi . hehe . Tak daftar awal kang tak pasal-pasal jam kredit tak cukup . Dah la tak semua pensyarah yang bagi daftar manual . Senior pun ada la bagi tahu aku suruh settlekan awal sebabnya takut nanti kena ambik subjek yang tak sempat nak daftar tu semester depan . Bertambah la jam kredit .. Jadi aku pun get ready la dari pukul 11 untuk masuk ke smpweb tu . daftar punya daftar last-last sistem down . haishh . Nasib lah subjek wajib semua dah daftar . Tinggal subjek citra ja . Tapi alangkah baiknya semua benda boleh daftar malam ni .Penat aku menggagahkan diri turun kafe untuk dapatkan wifi dari awal sampai la sekarang yang dah hampir 2 pagi . Tak cukup tu , data internet dekat handphone pon aku beli . Punya gigih nak mendaftar . Tapi apa-apa pun aku rasa lega la jugak sebab subjek citra ni InshaAllah boleh daftar manual lagi nanti . Janji subjek-subjek wajib semester depan dah daftar . Alhamdulillah :)

Saturday, 5 December 2015

NESTUM SHORTBREAD

Assalamualaikum .. 
Untuk pos kali ini kena buat pasal akronim berdasarkan nama sendiri . So hurufnya N. S. jadi aku terfikir utk tulis tentang Nestum Shortbread . Kenapa nestum shortbread ? Sebab nestum shortbread ni salah satu kuih atau biskut kegemaran aku bila menjelang hari raya laa. Bukannya nak kongsi resipi sebab takut nanti jadi benda lain . Aku pun tak pernah buat dan tak reti pun nak buat . Reti tengok orang buat dengan reti makan saja selama ni. Heee .. Rasanya semua orang tau kut kan shortbread tu macam mana . alaa .. yang petak-petak tu . kalau tak tahu boleh la google ye . Sedapnya nestum shortbread sebab dia ada letak nestum la dekat bahagian biskut belah bawah tu dan ada coklat kat atas .. yuuummm .. Lagi tebal coklat lagi sedap . Biskut ni kira biskut yang akan dicapai dulu la kalau ada kat rumah tu . Tambah-tambah makan sampai tengok tv pulak . Layan je .. Tengok-tengok boleh separuh balang kuih habis . Tapi balang kecik laa . Kiranya biskut ni antara biskut yang wajib ada lah bila raya . Bestnya kalau dapat makan waktu sekarang . Sekian saja untuk kali ni . . :)

SELESAI

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak la aku menukar segala benda dan menambah baik blog ni . Biasa lah kerja last minute kan .Selalu niat ja nak settlekan tapi nak buatnya malas , suka bertangguh-tangguh .  Beginilah akhirnya , bila dah dapat due date baru terkedek-kedek nak settlekan . Bukan senang nak buat header tu . Berejam-jam jugak tu nak dapat yang macam tu je pun . Salah buat punya pasal sebab tu berejam-jam kalau tak cepat jugak la sebab guna apps yang aku cari kat google .nasib jumpa ! hehe . Ditambah pulak la internet yang hidup segan, mati tak mahu ni . haishh . Lagi lambat la kerja-kerja aku nak siap . Progress segala assignment yang lain pun setakat ni Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun sebelum ni rasa macam serabut sikit sebab tak tahu nak buat yang mana dulu . Masalah teknikal sikit-sikit tu biasa lah kan.  Sampai sempat jugak la aku pergi kenduri hari ni dekat hulu Selangor tu . Mengidam nasi kenduri punya pasal , al maklumlah lama tak makan . Jadi sanggup la tinggalkan kerja yang masih berbaki tu . . Harap aku mampu selesaikan segala  assignment dan fokus untuk final exam ja lepas ni. Banyak tak cover lagi . Sedih ! 

Saturday, 28 November 2015

Outing Ke K.L

Hari ni nak cerita pasal outing semalam . Disebabkan aku dengan kawan - kawan aku semuanya bukannya orang kl jadi kami ni teringin la nak jalan-jalan kl . Aku dah pernah dah jalan - jalan ke sana sebelum ni jadi akulah tourist guide untuk diorang yang tak pernah jejak kaki ke sana lagi . Nasib baik jugak la aku ingat lagi tempat - tempat yang aku pernah pergi . Mula - mula kitorang pergi ke PWTC dulu sebab ada yang ulat buku nak pi pesta buku kat sana . Aku tak pernah lagi sampai ke sana sebelum ni tapi berpandukan maklumat dari google kitorang pun pergi lah nak tunaikan hajat si ulat buku ni . Lepas saja kesana kitorang singgah sekejap dekat Sunway Putra kalau tak salah la tu nama mall tu . Disebabkan diorang teringan sangat nak jalan - jalan dekat ibu kota tu dan nak ke jalan tar aku pun bawak la diorang naik LRT dari stesen PWTC tu ke Bandaraya .  Excited je muka masing-masing yang tak pernah naik LRT tu macam aku dulu masa first time naik . hehe .Seharian berjalan . Banyak sungguh diorang membeli kat Jalan Tar dengan Masjid India tu dari pukul 3 macam tu sampai dekat pukul 8 baru naik komuter untuk balik. Kalau boleh segala tudung yang ada diorang nak beli . Walaupun penatnya berjalan tu . Tapi Alhamdulillah dapat jugak la aku bawak diorang merasa suasana kat sana . Bila tanya nak datang lagi ke lepas ni, tak sangka pulak la diorang still nak  .Ingatkan dah penat berjalan :D

α – alpha

    Bila dapat tema minggu aku rasa macam nak patah balik ke tema minggu lepas dan edit balik sebab tema yang aku dapat ni buat aku beremosi.hehe ..  Puas aku fikir apa lah nak ditulis pasal simbol α . Tapi nak buat macam mana , ku gagahkan jua hati untuk tulis pasal simbol α. Hmm . Dah lah aku tak berapa berkenan dengan matematik ni . Boleh pulak la dapat tema dia macam ni kan . Dulu kalau nak jawab matematik ada ja simbol-simbol yang macam ni memang aku jawab paling last . Tak pun nak lagi best tak payah jawab langsung . Aku pun tak paham kenapa la cipta simbol susah-susah nak ada ekor – ekor semua ni . Kira tambah tolak kali bahagi sudah la kot . Konpem – konpem la aku A+ . Bila soalan bagi simbol x dengan y pun kadang aku tak tahu nak jawab ni pulak simbol α . Kau Rase ?

SYAKILA

Sunday, 22 November 2015

KAWAN

Aku sebenarnya jarang bercerita pasal kawan dan aku tak minat sangat untuk bercerita . Tapi entah la kenapa malam ni aku terasa nak cakap pasal kawan . Aku ni nak kata jenis memilih kawan tu tak jugak la . Aku ada ramai kawan dan bermacam - macam ragam kawan yang aku ada . Tapi yang aku paling rapat hanya sorang ja . Sejak dari sekolah menengah masa tingkatan 3 lagi aku rapat dengan dia . Tapi tak perlu kot bagitau nama . Walau mana pun aku pergi , dia kawan aku yang paling gila-gila dan aku suka yang gila-gila sikit ni sebab aku pun jenis masuk air kekadang (selalu la jugak ) . Selalunya bila aku pergi ke tempat baru atau jumpa kawan baru mesti ada yang cakap tak berani nak tegur aku sebab muka aku ni sombong la garang laa . Tapi tak tau pulak aku garang dekat mana kan . hehe . Aku tak kisah walaupun perangai kawan-kawan aku buruk macam mana sekali pun . Aku ada ja kawan perempuan yang hisap shisha , vape semua ni . Kawan yang suka rempit semua aku ada . Bagi aku orang yang sebegini yang selalu dikecam tak semuanya jahat . Tapi nakal . Semua orang ada zaman nakal sendiri begitu jugak aku . Boleh je nak kawan dengan orang - orang ni sebab selama aku berkawan diorang tak pernah pun ajak aku untuk ikut apa diorang buat dan tak pernah pun ajar aku benda yang tak elok . Diorang jugak orang pertama yang selalu hulurkan tangan untuk tolong bila ada masalah .Aku rasa diorang cukup jujur untuk jadi diri sendiri . Asalkan niat untuk berkawan tu ada . Kau nak ikut atau tak itu hak kau .

EMOSI

Minggu yang bermula dengan penuh emosi selepas habisnya cuti pertengahan semester. Tak pulak disangka jadi begini dan tak pula menyangka tajuknya emosi . Dan apabila tengah menaip pun aku berasa penuh emosi .. Err .. Bila cakap pasal emosi ni teringat pulak pasal movie inside out yang aku tengok semalam . Movie ni dah lama la jugak cuma aku ja yang baru berkesempatan nak tengok . Walaupun movie ni movie kartun tapi best jugak laa. Dia mengisahkan pasal setiap emosi dalam diri yang dikawal oleh Joy , Sadness dan kawan-kwan emosi yang lain . Terlupa pulak aku nama yang lain . hehe . . Movie ni bagi aku dia buat kajian yang mendalam jugak laa sebelum dia buat movie ni . Dia memikirkan dan mengkaji setiap perlakuan orang dari baby sampai la dewasa dan ubah dalam bentuk kartun .. Aku rasa cerita ni dah best dah walaupun ada orang yang kritik pasal movie ni . Tapi biasa lah kan . Mungkin emosi orang yang mengkritik tu tak stabil . hmm mungkin . 


SYAKILA

Sunday, 15 November 2015

CUTI NAK HABIS T_T

Apabila lagi berapa jam sahaja cuti nak habis tapi kemalasan dalam diri tetap tak hilang-hilang . Aku sebenarnya malas nak balik Bangi tu . Yelah sebab relax sangat duk dirumah . Buat assignment pun last minute sambil tengok tv ditemani kuaci kan siap goyang-goyang kaki lagi . Tapi nak buat macam mana kena lah balik . Yang paling malasnya aku balik sorang-sorang . 6 jam macam tu jugak la aku jadi tunggul kayu atas bas tu . Aduhai . . Kalau ada kawan boleh jugak la mulut aku yang kuat menyembang ni berbunyi . Tapi apa-apa pun aku balik sekarang tak dak dah la drama air mata rasanya walaupun balik sorang . Tak macam dulu , baru duk kemas beg pun drama air mata aku bermula dah la masa kat matrik tu . Tapi balik ja Bangi nih terpaksa la mengadap mid-sem exam . Duk rumah satu apa aku tak study . Maklumlah relax sangat . Aku study drama dalam tv je la . Harap ja bawak balik buku konon nak study la walaupun sikit tapi nama pun cuti memang aku manfaat sepenuhnya lah .


SYAKILA

CUTI

Tajuknya cuti di minggu cuti , jadi aku pun sibuk bercuti di rumah sampai hampir- hanpir terlupa jugak la nak post blog ni . Sebenarnya tak dak la lupa sangat cuma malas . Biasa la kalau duk di rumah . Payah nak dapat mood rajin ni . Walaupun cuti tapi aku tak dak la berjalan sana sini sangat macam orang lain . Banyak duk di rumah ja disebabkan kesihatan abah yang x mengizinkan . Baru lepas operation disebabkan masalah kat usus . Aku x sure sangat sakit apa cuma tau bahagian usus ja la . Jadi , cuti seminggu bagi aku ni hanya nak balik jenguk mak dan keadaan abah je lah. Tergedik-gedik aku nak balik Penang hari tu nak tengok abah . Tak puas hati lagi tak tengok sendiri . Walaupun duk dirumah, tu dah cukup bagi aku sebab dapat luangkan masa bersama ,masak sama-sama(tapi mak la masak aku tolong tengok ja banyak )  , makan sama-sama , tengok tv sama-sama , borak sama-sama . Tapi yang tak berapa nak bestnya tak sempat den nak pi pesta Penang dah kena balik . haishh . dah la tahun lepas tak dapat pi . tahun ni pun sama . sadis.

SYAKILA

Friday, 6 November 2015

HATI

Hati ? Pelbagai ragam nya . Hati cepat berkata - kata dari mulut yang suka bertutur bicara . Namun kadang hanya tersimpan kata - kata di hati . Mungkin luarannya dilihat tenang . Tapi dihati ? Mungkin ada kecewanya , ada marahnya , ada dukanya dan mungkin ada juga gembiranya. Apa yang berada dihati kadang mampu ditafsir dengan riak muka tapi kadang tak pulak kelihatannya . Sebab ia tersembunyi jauh di dalam hati . Hati mungkin dilihat kuat diluar,. Tapi di dalam ? Ada lemahnya , ada jugak goyah nya . Menjaga tutur bicara itu lebih mudah dari tutur dihati . Di luar mungkin terlihat senyum manis dibibir . Tapi dihati ? Kelat masam mencuka . Hati itu lebih jujur di dalam nya berbanding apa yang diluahkan dengan kata . Kata hati ada benar ada juga salahnya .Ada yang perlu diluahkan ada yang hanya perlu disimpan sahaja untuk menjaga lain hati . Takkan pernah puas jika terlalu mengikutkan rasa hati . hati yang bijak , hati yang mampu mengawal segala perasaannya . 

SYAKILA

NAFSU

Dalam banyak - banyak nafsu dan paling kuat yang aku rasa kebanyakkan orang ada adalah nafsu tidur . Sebab apa ? Sebab aku pun macam tu . Kalau nampak ja katil tak pun bantal .. alahai automatik mata rasa nak tidur . Tapi kalau dalam kuliah pun macam tu jugak . Kadang pensyarah mengajar kat depan baru 5 minit aku punya menguap pun ada lah dalam 5 kali kot . Kira yang paling kurang la ni . Nak pulak kalau suara dia mendayu - dayu macam tengah membuai aku dengan lagu si ikan kaloi .. memang tak tunggu dah laa . Cepat ja tertutup rapat mata tanpa dipaksa . kadang tu ada jugak la bertekad taknak tidur tapi hmm tekad je lah last2 nya .. tapi kalau pensyarah tu suara dia ala-ala Awie tu takdaknya laa aku nak tidur . Nak pulak yang jenis pantang tidur dia panggil nama tu .. huishh tak berani den .

kadang terfikir jugak , kalau lah nafsu aku untuk menuntut ilmu segigih nafsu tidur aku kan bagus . Confirm calon 4.0 . Tapi nak buat macam mana nafsu malas selalu menguasai diri .Bila nak exam ja baru terkedek - kedek cari buku nak belajar .  Mungkin sebab minat aku kearah lain tapi course yang aku ambik sekarang lain . Ahh alasan .. Nak seribu daya , xnak seribu dalih

SYAKILA.

Saturday, 31 October 2015

MAKANAN

Perkataan biasa bagi rakyat Malaysia . Kaya nya Malaysia dengan makanan . Aku pun suka makan . Aku bab makan aku komen jugak tapi aku still makan kalau benda tu still boleh makan . Tapi , satu makanan yang memang sedap dan aku tak boleh nak komen . makanan yang dimasak oleh mak . The best ever in the world . Kalah chef Wan oi ..Walaupun aku tak pernah makan makanan yang chef wan masak tapi aku tahu apa yang mak masak ja yang paling kena dengan tekak aku .  Dulu masa kecik - kecik tu adalah komen jugak kan sebab ada makanan yang kononnya mengada tak makan . Tapi bila dah meningkat dewasa dan duduk jauh ni , makanan yang paling rindu of course masakkan mak . Berat aku boleh naik mendadak disebabkan masakkan mak ja . Lepas habis matrik aku dah tak komen dah apa mak masak sebab bagi aku , priceless .. Walaupun kadang hanya masak kicap yang dulunya aku tak suka dah jadi suka . sebab apa? Kau akan lebih hargai apa yang depan mata bila benda tu kau rasa susah nak dapat . Serius takkan sama dekat tempat lain . Bila ada kat rumah , kalau aku keluar dengan kawan - kawan pun tapi bila balik mesti tanya hari ni mak masak apa ? Masa jauh ni bila telefon mak pun aku akan tanya soalan yang sama . Hari- hari aku rindu .. rindu makanan yang mak masak .. disebabkan aku menulis post yang sepatutnya relax ni dengan penuh perasaan jadi rasanya sampai setakat ni sahaja lah sebelum tetiba ada hujan dekat dalam kafe yang berbumbung ni .

SYAKILA

2ND FAMILY

Apabila habis sukem habis lah satu tempat family sukem berkumpul . Bila orang tanya apa sumbangan waktu sukem , aku tanpa segan silu akan cakap aku adalah sebahagian dari keluarga ni . kami panggil diri kami sebagai satu keluarga , bukannya seketrariat macam yang pelajar kolej lain panggil . Ya .. kami satu keluarga yang sangat rapat dalam tempoh lebih kurang satu bulan ni tapi keakraban kami lebih dari tu . Macam dah lama kenal , dah lama bersaudara .. Masing-masing saling membantu , saling sayang- menyayangi .. Sedih .. sedih bila sukem dah habis .. Dah tak dapat nak habiskan setiap masa yang ada tu di bilik gerakan sukem .. Di situ la kami semua mula kenal satu sama lain , mula rapat , mula teguh bersama .. Tempat tu jugak la setiap suka , duka , masalah dan segala assignment yang pensyarah disiapkan di situ .. yaa.. di situ .. Walaupun sukem dah habis tapi kami still rapat walau pun masing - masing busy dengan hal masing-masing dan dah makin susah nak bersua muka . walau pun ada aktiviti lain yang aku libatkan diri di sini , this one is the best ever setakat ni . . Ramai yang melihat keakraban ni dan merasa cemburu dan ingin menjadi sebahagian dari kami . Oleh itu , aku bangga kerna aku berada di keluarga kedua ku ini . keluarga yang sentiasa bekerjasama tak kira waktu , tanpa mengira itu kerja siapa , sentiasa menjaga satu sama lain kalau ada yang sakit . Ini pengalaman , pengalaman keluarga yang sangat manis . alhamdulillah , dengan berjaya mengumpul pingat terbanyak iaitu 24 pingat berbanding kolej lain .. aku bahagia dapat berbakti dan bersama keluarga ini .

SYAKILA

Sunday, 25 October 2015

AKTIVITI KOLEJ

Dulu aku ni bukannya jenis yang suka join sangat aktiviti – aktiviti kat sekolah ka matrik ka lepas habis sekolah rendah ni .Tapi tak tahu lah sejak masuk universiti ni rajin pulak nak join aktiviti – aktiviti yang ada kat sini tambah- tambah aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kediaman . Kononnya nak penuhkan segala waktu yang terluang tu sebenarnya tapi sekarang ni macam tak ada waktu untuk diri sendiri pulak . Tapi apa – apa pun aku sebenarnya rasa enjoy dengan semua benda yang aku join sebabnya rasa banyak pengalaman yang aku dapat walaupun baru berapa bulan duduk kat sini . Tak semua orang dapat rasa pengalaman yang sama yang aku rasa . Rasa walaupun sibuk tapi berbaloi la jugak . Sebenarnya semua ni tertakluk kepada diri sendiri sama ada nak dapatkan pengalaman hidup atau pun hanya pergi kuliah kemudian balik dan terperuk dalam bilik sahaja . 

SYAKILA

SESAL

Orang cakap Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya . . aku cakap sesal dulu tak tulis nota dengan detail sesal kemudian padan muka salah jawab exam . haishh..  sebelum ni buat latihan tak pun tugasan okay ja rasa . Boleh jawab dengan jayanya . cisss … Mungkin sebab nama pun lab test kan jadi perasan gemuruh tak pun gementar tu la kot yang membuatkan lupa habis walaupun benda tu sepatutnya senang dan tak sepatutnya lupa . Walau bagaimana pun aku rasa aku dah buat yang sehabis baik pada masa tu yang aku boleh buat walaupun rasa sesal sikit bila nampak kesalahan- kesalahan yang tak sepaptutnya aku buat . Memang tak patut tambah- tambah benda tu yang paling ingat sebelum jawab exam tapi bila jawab exam , punoh . Tapi tak pa lah masih ada lab test yang menunggu kan . erk . 

SYAKILA

Sunday, 18 October 2015

BEBAN

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .. itulah beban . Setiap beban ada beza susahnya . Beban juga kadang dikaitkan dengan tanggungjawab dan amanah . Lebih banyak beban ditanggung maknanya lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tak semua sanggup menanggung beratnya beban tambah – tambah beban tanggungjawab.. Tapi hakikatnya manusia , pasti ada beban yang perlu ditanggung . Beban akan jadi mudah jika bijak kita mengawalnya . Beban akan bertambah berat bila kita biar beban terus menjadi beban .. tanpa fikir jalan penyelesaian . Beban itu akan lebih ringan andai ditangani bersama dan difikir semasak – masaknya jalan penyelesaiaannya .. Aku pun berasa beban nak kena menulis pasal beban ni .. hehe . Ini adalah beban , bukannya bebal . Kerana beban adalah beban . dan bebal adalah bebal .

SYAKILA

SUKEM



Bermula daripada 17/10/2015 bermula la SUKEM di ukm . Aku pelajar dari kolej keris mas , Salah seorang sekretariat atau pun kami panggil Family Sukan ditugaskan sebagai timbalan eksekutif 2 bahagian jamuan . That’s mean segala makanan para atlet dari Keris Mas perlu aku uruskan . Dah aku Timbalan 2 mesti la ada Timbalan 1 dan ketua eksekutifnya kan . Tapi yang peliknya setiap masalah yang berlaku mesti aku yang akan dicari dulu dan aku perlu pikul tanggungjawab 3 orang jadi tanggungjawab seorang . Kadang – kadang aku tertanya la jugak dari sebelum mula SUKEM ni lagi , aku ni buat kerja berkumpulan ke buat kerja sorang – sorang ? Nak uruskan para atlet ni bukan mudah disebabkan karenahnya yang pelbagai . Dah la semalam atlet - atlet tu dapat makan nasi tomato keras , lambat pulak sampai haa .. Dekat aku jugak dibebelnya dan aku jugak la yang mep sukan cari bising – bising kat telinga aku . padahal tu salah kafe kot . Yang lagi dua orang depa x bebel pun … haishh maroh ,maroh , maroh… Aku x kisah untuk buat semua ni cuma bila dinamakan kerja berkumpulan segala yang berlaku kena la tanggung bersama . Bukan yang lain rilek dan bertenang – tenang x perlu fikir apa – apa dan aku seorang je yang tanggung . Kepada yang sanggup tolong tu memang aku hargai sangat . Kepada yang menyusahkan hidup aku sepanjang SUKEM ni kau tunggu hari kau pulak . haha .

SYAKILA

Sunday, 11 October 2015

PERSIAPAN SUKEM

        11 Oktober 2015, Ahad. Harini hari paling stress tapi dalam masa yang sama sangatlah happening. Aku saje saje ajak kawan aku jogging (jalan2) satu UKM but ended up dari KKM pergi stadium then patah balik KKM. Tetiba terjumpa pulaklah MEP Sukan KKM ni yang botak yang confirm semua orang kenal (dia jelah yang perasan) belanja kitorang breakfast rupanya rasuah semata - mata. Dia suruh kitorang buat keje Setiausaha yang berlambak. So kitorang kononnya dengan rela hatilah pergi buat segala kerja Setiausaha dekat bilik gerakan sukem kkm dari pukul 11 pagi sampailah detik ini dan mungkin selamanya bertapa kat bilik gerakan sukem ni. Macam2 lah aktiviti yang kitorang buat daripada tidur, makan, main badminton, solat sana sini macam pelarian Mongolia. Haishh .. Malam ni kitorang plan nak pergi tengok budak2 sekolah buat persembahan budaya pulak kat dewan kkm . Kepada setiausaha yang tiga orang tu aku tak tahu la korang pergi mana lain kali buat la kerja sendiri sampai habis ye . tapi okay jugak la breakfast , lunch dan bakal dinner aku dapat free hari ni . Okay  tu ja kesimpulan daripada apa tak tahu nak tulis .

SYAKILA

Saturday, 10 October 2015

10 / 10

  Disebabkan tema pada minggu ini 10/10 maka tertulis lah post ini  pada 10/10  iaitu hari ini . Mula-mula terfikir la jugak kenapa tema minggu ni 10/10 kan . Rupa-rupanya hari ni Hari Sukan Negara . Bangun pagi 10/10 jugak la yang baru tahu pun . teruk bebenor laaa ..

   Tarikh 10/10 ni tak ada apa yang special pun bagi aku sebab terperuk dalam bilik kononnya nak siapkan semua assignment yang tertangguh . Sapa suruh buat last minute kan , padan muka hang .. Tapi tak ada la terperuk sangat pun . Ada keluar jugak dari bilik tu . Tak sanggup wehh nak duduk dalam tu ja. Tapi apa – apa pun pada tarikh ni jugak aku berjaya siapkan semua yang tertangguh tu . HEAVEN . Esok boleh lepak – lepak , rilek – rilek sikit . huhu .. Tak lupa jugak assignment mail merge yang aku blur tahap apa pun tak tahu nak cakap berjaya disiapkan . Lega rasa hati weh . Nasib la sapa yang aku ganggu seharian ni sebab nak siapkan assignment punya pasal.

SYAKILA

Sunday, 4 October 2015

MENTOR

Untuk tajuk minggu ni nak kena cakap pasal mentor .. Tapi bukannya nak cakap pasal rancangan realiti mentor kat tv3 tu lah sebab kalau nak cerita pasal rancangan realiti tu pun bukannya duk tengok pun. Terutamanya pelajar matrik rasanya dah biasa dengar program mentor mentee ni . Dalam sebulan sekali mesti akan diadakan program ni di mana setiap praktikum atau kelas ada mentornya sendiri. Nasib baik la masa dulu-dulu tu dapat mentor yang sangat baik . Macam kakak-kakak . Nak cakap macam mak-mak tak boleh sebab mentor tu muda lagi . hehe.. Kiranya mentor ni pembimbing la dan banyak bagi nasihat dekat student . Mak ayah jauh jadi mentor ni lah penggantinya .


Bila masuk je universiti ingatkan dah habis la program ni rupa-rupanya ada lagi . aduhai .. tapi sekarang ni dah tak ada dah praktikum bagai tu.. Ikut nombor matrik pulak . Berita yang agak menyedihkan pasal program mentor ni adalah bila dapat tau mentor aku tu pensyarah aplikasi komputer yang menyebabkan nama aku terkeluar dari sistem dan terpaksa daftar manual balik .. haishh sabar ja la nak.. Tapi lepas jumpa dia tu okay lah . Ini baru macam mak-mak . Tak jadi nak kecam tapi aku ada la bagi tau dia pasal dia yang menyebabkan nama aku tak ada dalam sistem tu .. kot-kot dia rasa serba salah .. hehe .. Program ni dibuat sebenarnya untuk kebaikan student sendiri supaya student tak terlalu stress mungkin . Cuma yang stress sekarang fakulti ekonomi pengurusan ja ada program ni . Ini yang tak dapat diterima sebab nak jumpa pensyarah selalunya susah tau tak . Sepatutnya semua fakulti kena buat . baru la dikatakan adil dan saksama . J

LEPAK

Disebabkan ada orang tanya  Penang tempat lepak kat mana kan so sekarang ni nak cerita la sikit kat mana tempat lepak tu . Kalau nak cari tempat lepak yang best-best kat Penang tu bersepah sebenarnya . Bukannya setakat Padang Kota tu ja faham? Hehe..


Salah satu tempat yang sesuai untuk semua golongan umur untuk lepak ialah dekat Vision Park, Kepala Batas . Tempat ni nak kata baru tak ada la baru sangat nak kata lama pun tak jugak . Kemudahan kat sini pun banyak tambah-tambah kalau nak solat tu ada masjid yang sangat dekat dan masjid tu sememangnya sangat cantik .Lebih kurang masjid negara gitu . Salah satu penarik kat tempat tu lah . Vison Park ni ala-ala tasik taiping tu  sebab dia ada tasik dekat belakang masjid dan ada kemudahan untuk orang ramai untuk menyewa itik kayuh untuk keliling tasik tu . tak tahu orang panggil apa aku panggil itik kayuh ja . Selain tu, tempat tu sesuai untuk buat hari keluarga , program santai dan jogging pun boleh . Kira sesuai untuk buat banyak benda la.Nak selfie ke wefie pun cantik. Baru-baru ni pun program Fit Malaysia pun ada buat kat tempat tu jugak. Selalunya waktu paling ramai orang setiap petang la.kesimpulannya , Bukannya Padang Kota saja tempat lepak yang ada kat Penang tu . Banyak sangat kalau cerita sampai nak bagitau mana satu dulu pun cek xtau . 

Tuesday, 22 September 2015

OBSES

Bila nak diceritakan pasal obses. banyak sangat sampai tak terjangkau dek fikiran kadang-kadang. Satu perkataan yang membuatkan ramai orang sanggup membazirkan ribuan malahan jutaan ringgit hanya kerana obses. Cehh .. bersastera melayu sungguh ayat tuu .. hehe . selalunya obses ni mesti dikaitkan dengan perempuan kan ? tambah-tambah obses sangat untuk nampak kurus . Yang dah kurus melidi pun masih tak cukup . Sampai tercetusnya penyakit anorexia dimana apabila selepas makan akan dimuntahkan balik makanan tersebut sebab takut gemuk . Nak kurus macam mana lagi pun ceq tak tau laa.. sampai nampak tulang rangka mungkin?

Bezanya aku dengan perempuan-perempuan ni ialah aku tak ada sifat obses ni .Sebab apa ? Sebab Hidup dekat dunia ni hanya sekali dan aku ada terbaca satu retweet ni , ‘time hidup je kau nak gemuk ‘. Yes ! Jadi, jangan terlalu obses terhadap sesuatu sampai kau tak mampu nak enjoy hidup kau . Macam Sir Azzwan cakap dalam kelas baru ni , ‘Biar obes tapi jangan obses’. Kalau tak salah laa . hehe. Cuma kadang-kadang tu kita kena kembali kepada konsep bersyukur . kalau gemuk dan sihat adalah lebih bagus daripada kurus tapi berpenyakit . Mana satu kau nak ? terletak pada diri masing-masing . Cuma satu nasihat , jangan terlalu OBSES.

SYAKILA

PELUANG

ASSALAMUALAIKUM….

Buat pertama kalinya membloggerkan diri yang tak pernah buat atau orang cakap ketinggalan zaman la jugak .. hehe . For not too formal , blog ni tercipta sebenarnya bukan sebab rela hati saja-saja nak buat sangat pun . Ini semua disebabkan tugasan yang diberi pensyarah untuk semester ni. Dua post utk setiap seminggu . apa ceq nak tulis ni .. alahai .. penat memikirkan nak tulis apa berhari-hari. . tapi tak apa , salah satu pengalaman dan anggap saja sebagai satu peluang yang baru. Belum cuba belum tahu kan . . Mana tahu lepas ni boleh jadi blogger macam Hanis Zalikha ke kan . amin…
  
Untuk Sir Azzwan terima kasih untuk peluang ni dan terima kasih sebab terima saya sebagai salah seorang pelajar walaupun kena bahan dulu sebelum dapat join kelas tu kan . Tapi tak apa saya redha sebab dah biasa dengan setiap gurauan kasar . Bukan orang Penang namanya kalau tak mampu bergurau kasar . U will like this Penang girl after this . InshaAllah 

SYAKILA