Bila nak diceritakan pasal obses. banyak sangat
sampai tak terjangkau dek fikiran kadang-kadang. Satu perkataan yang membuatkan
ramai orang sanggup membazirkan ribuan malahan jutaan ringgit hanya kerana
obses. Cehh .. bersastera melayu sungguh ayat tuu .. hehe . selalunya obses ni
mesti dikaitkan dengan perempuan kan ? tambah-tambah obses sangat untuk nampak
kurus . Yang dah kurus melidi pun masih tak cukup . Sampai tercetusnya penyakit
anorexia dimana apabila selepas makan akan dimuntahkan balik makanan tersebut sebab
takut gemuk . Nak kurus macam mana lagi pun ceq tak tau laa.. sampai nampak
tulang rangka mungkin?
Bezanya aku dengan perempuan-perempuan ni ialah aku
tak ada sifat obses ni .Sebab apa ? Sebab Hidup dekat dunia ni hanya sekali dan
aku ada terbaca satu retweet ni , ‘time hidup je kau nak gemuk ‘. Yes ! Jadi,
jangan terlalu obses terhadap sesuatu sampai kau tak mampu nak enjoy hidup kau
. Macam Sir Azzwan cakap dalam kelas baru ni , ‘Biar obes tapi jangan obses’.
Kalau tak salah laa . hehe. Cuma kadang-kadang tu kita kena kembali kepada
konsep bersyukur . kalau gemuk dan sihat adalah lebih bagus daripada kurus tapi
berpenyakit . Mana satu kau nak ? terletak pada diri masing-masing . Cuma satu
nasihat , jangan terlalu OBSES.
SYAKILA
SYAKILA
No comments:
Post a Comment