Saturday, 28 November 2015
Outing Ke K.L
Hari ni nak cerita pasal outing semalam . Disebabkan aku dengan kawan - kawan aku semuanya bukannya orang kl jadi kami ni teringin la nak jalan-jalan kl . Aku dah pernah dah jalan - jalan ke sana sebelum ni jadi akulah tourist guide untuk diorang yang tak pernah jejak kaki ke sana lagi . Nasib baik jugak la aku ingat lagi tempat - tempat yang aku pernah pergi . Mula - mula kitorang pergi ke PWTC dulu sebab ada yang ulat buku nak pi pesta buku kat sana . Aku tak pernah lagi sampai ke sana sebelum ni tapi berpandukan maklumat dari google kitorang pun pergi lah nak tunaikan hajat si ulat buku ni . Lepas saja kesana kitorang singgah sekejap dekat Sunway Putra kalau tak salah la tu nama mall tu . Disebabkan diorang teringan sangat nak jalan - jalan dekat ibu kota tu dan nak ke jalan tar aku pun bawak la diorang naik LRT dari stesen PWTC tu ke Bandaraya . Excited je muka masing-masing yang tak pernah naik LRT tu macam aku dulu masa first time naik . hehe .Seharian berjalan . Banyak sungguh diorang membeli kat Jalan Tar dengan Masjid India tu dari pukul 3 macam tu sampai dekat pukul 8 baru naik komuter untuk balik. Kalau boleh segala tudung yang ada diorang nak beli . Walaupun penatnya berjalan tu . Tapi Alhamdulillah dapat jugak la aku bawak diorang merasa suasana kat sana . Bila tanya nak datang lagi ke lepas ni, tak sangka pulak la diorang still nak .Ingatkan dah penat berjalan :D
Labels:
BEBAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment