Saturday, 28 November 2015
Outing Ke K.L
Hari ni nak cerita pasal outing semalam . Disebabkan aku dengan kawan - kawan aku semuanya bukannya orang kl jadi kami ni teringin la nak jalan-jalan kl . Aku dah pernah dah jalan - jalan ke sana sebelum ni jadi akulah tourist guide untuk diorang yang tak pernah jejak kaki ke sana lagi . Nasib baik jugak la aku ingat lagi tempat - tempat yang aku pernah pergi . Mula - mula kitorang pergi ke PWTC dulu sebab ada yang ulat buku nak pi pesta buku kat sana . Aku tak pernah lagi sampai ke sana sebelum ni tapi berpandukan maklumat dari google kitorang pun pergi lah nak tunaikan hajat si ulat buku ni . Lepas saja kesana kitorang singgah sekejap dekat Sunway Putra kalau tak salah la tu nama mall tu . Disebabkan diorang teringan sangat nak jalan - jalan dekat ibu kota tu dan nak ke jalan tar aku pun bawak la diorang naik LRT dari stesen PWTC tu ke Bandaraya . Excited je muka masing-masing yang tak pernah naik LRT tu macam aku dulu masa first time naik . hehe .Seharian berjalan . Banyak sungguh diorang membeli kat Jalan Tar dengan Masjid India tu dari pukul 3 macam tu sampai dekat pukul 8 baru naik komuter untuk balik. Kalau boleh segala tudung yang ada diorang nak beli . Walaupun penatnya berjalan tu . Tapi Alhamdulillah dapat jugak la aku bawak diorang merasa suasana kat sana . Bila tanya nak datang lagi ke lepas ni, tak sangka pulak la diorang still nak .Ingatkan dah penat berjalan :D
α – alpha
Bila dapat tema minggu aku rasa macam nak patah
balik ke tema minggu lepas dan edit balik sebab tema yang aku dapat ni buat aku
beremosi.hehe .. Puas aku fikir apa lah
nak ditulis pasal simbol α . Tapi nak buat macam mana , ku gagahkan jua hati
untuk tulis pasal simbol α. Hmm . Dah lah aku tak berapa berkenan dengan
matematik ni . Boleh pulak la dapat tema dia macam ni kan . Dulu kalau nak
jawab matematik ada ja simbol-simbol yang macam ni memang aku jawab paling last
. Tak pun nak lagi best tak payah jawab langsung . Aku pun tak paham kenapa la
cipta simbol susah-susah nak ada ekor – ekor semua ni . Kira tambah tolak kali
bahagi sudah la kot . Konpem – konpem la aku A+ . Bila soalan bagi simbol x
dengan y pun kadang aku tak tahu nak jawab ni pulak simbol α . Kau Rase ?
SYAKILA
Sunday, 22 November 2015
KAWAN
Aku sebenarnya jarang bercerita pasal kawan dan aku tak minat sangat untuk bercerita . Tapi entah la kenapa malam ni aku terasa nak cakap pasal kawan . Aku ni nak kata jenis memilih kawan tu tak jugak la . Aku ada ramai kawan dan bermacam - macam ragam kawan yang aku ada . Tapi yang aku paling rapat hanya sorang ja . Sejak dari sekolah menengah masa tingkatan 3 lagi aku rapat dengan dia . Tapi tak perlu kot bagitau nama . Walau mana pun aku pergi , dia kawan aku yang paling gila-gila dan aku suka yang gila-gila sikit ni sebab aku pun jenis masuk air kekadang (selalu la jugak ) . Selalunya bila aku pergi ke tempat baru atau jumpa kawan baru mesti ada yang cakap tak berani nak tegur aku sebab muka aku ni sombong la garang laa . Tapi tak tau pulak aku garang dekat mana kan . hehe . Aku tak kisah walaupun perangai kawan-kawan aku buruk macam mana sekali pun . Aku ada ja kawan perempuan yang hisap shisha , vape semua ni . Kawan yang suka rempit semua aku ada . Bagi aku orang yang sebegini yang selalu dikecam tak semuanya jahat . Tapi nakal . Semua orang ada zaman nakal sendiri begitu jugak aku . Boleh je nak kawan dengan orang - orang ni sebab selama aku berkawan diorang tak pernah pun ajak aku untuk ikut apa diorang buat dan tak pernah pun ajar aku benda yang tak elok . Diorang jugak orang pertama yang selalu hulurkan tangan untuk tolong bila ada masalah .Aku rasa diorang cukup jujur untuk jadi diri sendiri . Asalkan niat untuk berkawan tu ada . Kau nak ikut atau tak itu hak kau .
EMOSI
Minggu yang bermula dengan penuh emosi selepas habisnya cuti pertengahan semester. Tak pulak disangka jadi begini dan tak pula menyangka tajuknya emosi . Dan apabila tengah menaip pun aku berasa penuh emosi .. Err .. Bila cakap pasal emosi ni teringat pulak pasal movie inside out yang aku tengok semalam . Movie ni dah lama la jugak cuma aku ja yang baru berkesempatan nak tengok . Walaupun movie ni movie kartun tapi best jugak laa. Dia mengisahkan pasal setiap emosi dalam diri yang dikawal oleh Joy , Sadness dan kawan-kwan emosi yang lain . Terlupa pulak aku nama yang lain . hehe . . Movie ni bagi aku dia buat kajian yang mendalam jugak laa sebelum dia buat movie ni . Dia memikirkan dan mengkaji setiap perlakuan orang dari baby sampai la dewasa dan ubah dalam bentuk kartun .. Aku rasa cerita ni dah best dah walaupun ada orang yang kritik pasal movie ni . Tapi biasa lah kan . Mungkin emosi orang yang mengkritik tu tak stabil . hmm mungkin .
SYAKILA
Sunday, 15 November 2015
CUTI NAK HABIS T_T
Apabila lagi berapa jam sahaja cuti nak habis tapi kemalasan dalam diri tetap tak hilang-hilang . Aku sebenarnya malas nak balik Bangi tu . Yelah sebab relax sangat duk dirumah . Buat assignment pun last minute sambil tengok tv ditemani kuaci kan siap goyang-goyang kaki lagi . Tapi nak buat macam mana kena lah balik . Yang paling malasnya aku balik sorang-sorang . 6 jam macam tu jugak la aku jadi tunggul kayu atas bas tu . Aduhai . . Kalau ada kawan boleh jugak la mulut aku yang kuat menyembang ni berbunyi . Tapi apa-apa pun aku balik sekarang tak dak dah la drama air mata rasanya walaupun balik sorang . Tak macam dulu , baru duk kemas beg pun drama air mata aku bermula dah la masa kat matrik tu . Tapi balik ja Bangi nih terpaksa la mengadap mid-sem exam . Duk rumah satu apa aku tak study . Maklumlah relax sangat . Aku study drama dalam tv je la . Harap ja bawak balik buku konon nak study la walaupun sikit tapi nama pun cuti memang aku manfaat sepenuhnya lah .
SYAKILA
SYAKILA
CUTI
Tajuknya cuti di minggu cuti , jadi aku pun sibuk bercuti di rumah sampai hampir- hanpir terlupa jugak la nak post blog ni . Sebenarnya tak dak la lupa sangat cuma malas . Biasa la kalau duk di rumah . Payah nak dapat mood rajin ni . Walaupun cuti tapi aku tak dak la berjalan sana sini sangat macam orang lain . Banyak duk di rumah ja disebabkan kesihatan abah yang x mengizinkan . Baru lepas operation disebabkan masalah kat usus . Aku x sure sangat sakit apa cuma tau bahagian usus ja la . Jadi , cuti seminggu bagi aku ni hanya nak balik jenguk mak dan keadaan abah je lah. Tergedik-gedik aku nak balik Penang hari tu nak tengok abah . Tak puas hati lagi tak tengok sendiri . Walaupun duk dirumah, tu dah cukup bagi aku sebab dapat luangkan masa bersama ,masak sama-sama(tapi mak la masak aku tolong tengok ja banyak ) , makan sama-sama , tengok tv sama-sama , borak sama-sama . Tapi yang tak berapa nak bestnya tak sempat den nak pi pesta Penang dah kena balik . haishh . dah la tahun lepas tak dapat pi . tahun ni pun sama . sadis.
SYAKILA
SYAKILA
Friday, 6 November 2015
HATI
Hati ? Pelbagai ragam nya . Hati cepat berkata - kata dari mulut yang suka bertutur bicara . Namun kadang hanya tersimpan kata - kata di hati . Mungkin luarannya dilihat tenang . Tapi dihati ? Mungkin ada kecewanya , ada marahnya , ada dukanya dan mungkin ada juga gembiranya. Apa yang berada dihati kadang mampu ditafsir dengan riak muka tapi kadang tak pulak kelihatannya . Sebab ia tersembunyi jauh di dalam hati . Hati mungkin dilihat kuat diluar,. Tapi di dalam ? Ada lemahnya , ada jugak goyah nya . Menjaga tutur bicara itu lebih mudah dari tutur dihati . Di luar mungkin terlihat senyum manis dibibir . Tapi dihati ? Kelat masam mencuka . Hati itu lebih jujur di dalam nya berbanding apa yang diluahkan dengan kata . Kata hati ada benar ada juga salahnya .Ada yang perlu diluahkan ada yang hanya perlu disimpan sahaja untuk menjaga lain hati . Takkan pernah puas jika terlalu mengikutkan rasa hati . hati yang bijak , hati yang mampu mengawal segala perasaannya .
SYAKILA
NAFSU
Dalam banyak - banyak nafsu dan paling kuat yang aku rasa kebanyakkan orang ada adalah nafsu tidur . Sebab apa ? Sebab aku pun macam tu . Kalau nampak ja katil tak pun bantal .. alahai automatik mata rasa nak tidur . Tapi kalau dalam kuliah pun macam tu jugak . Kadang pensyarah mengajar kat depan baru 5 minit aku punya menguap pun ada lah dalam 5 kali kot . Kira yang paling kurang la ni . Nak pulak kalau suara dia mendayu - dayu macam tengah membuai aku dengan lagu si ikan kaloi .. memang tak tunggu dah laa . Cepat ja tertutup rapat mata tanpa dipaksa . kadang tu ada jugak la bertekad taknak tidur tapi hmm tekad je lah last2 nya .. tapi kalau pensyarah tu suara dia ala-ala Awie tu takdaknya laa aku nak tidur . Nak pulak yang jenis pantang tidur dia panggil nama tu .. huishh tak berani den .
kadang terfikir jugak , kalau lah nafsu aku untuk menuntut ilmu segigih nafsu tidur aku kan bagus . Confirm calon 4.0 . Tapi nak buat macam mana nafsu malas selalu menguasai diri .Bila nak exam ja baru terkedek - kedek cari buku nak belajar . Mungkin sebab minat aku kearah lain tapi course yang aku ambik sekarang lain . Ahh alasan .. Nak seribu daya , xnak seribu dalih
SYAKILA.
kadang terfikir jugak , kalau lah nafsu aku untuk menuntut ilmu segigih nafsu tidur aku kan bagus . Confirm calon 4.0 . Tapi nak buat macam mana nafsu malas selalu menguasai diri .Bila nak exam ja baru terkedek - kedek cari buku nak belajar . Mungkin sebab minat aku kearah lain tapi course yang aku ambik sekarang lain . Ahh alasan .. Nak seribu daya , xnak seribu dalih
SYAKILA.
Subscribe to:
Comments (Atom)