Perkataan biasa bagi rakyat Malaysia . Kaya nya Malaysia dengan makanan . Aku pun suka makan . Aku bab makan aku komen jugak tapi aku still makan kalau benda tu still boleh makan . Tapi , satu makanan yang memang sedap dan aku tak boleh nak komen . makanan yang dimasak oleh mak . The best ever in the world . Kalah chef Wan oi ..Walaupun aku tak pernah makan makanan yang chef wan masak tapi aku tahu apa yang mak masak ja yang paling kena dengan tekak aku . Dulu masa kecik - kecik tu adalah komen jugak kan sebab ada makanan yang kononnya mengada tak makan . Tapi bila dah meningkat dewasa dan duduk jauh ni , makanan yang paling rindu of course masakkan mak . Berat aku boleh naik mendadak disebabkan masakkan mak ja . Lepas habis matrik aku dah tak komen dah apa mak masak sebab bagi aku , priceless .. Walaupun kadang hanya masak kicap yang dulunya aku tak suka dah jadi suka . sebab apa? Kau akan lebih hargai apa yang depan mata bila benda tu kau rasa susah nak dapat . Serius takkan sama dekat tempat lain . Bila ada kat rumah , kalau aku keluar dengan kawan - kawan pun tapi bila balik mesti tanya hari ni mak masak apa ? Masa jauh ni bila telefon mak pun aku akan tanya soalan yang sama . Hari- hari aku rindu .. rindu makanan yang mak masak .. disebabkan aku menulis post yang sepatutnya relax ni dengan penuh perasaan jadi rasanya sampai setakat ni sahaja lah sebelum tetiba ada hujan dekat dalam kafe yang berbumbung ni .
SYAKILA
Saturday, 31 October 2015
2ND FAMILY
Apabila habis sukem habis lah satu tempat family sukem berkumpul . Bila orang tanya apa sumbangan waktu sukem , aku tanpa segan silu akan cakap aku adalah sebahagian dari keluarga ni . kami panggil diri kami sebagai satu keluarga , bukannya seketrariat macam yang pelajar kolej lain panggil . Ya .. kami satu keluarga yang sangat rapat dalam tempoh lebih kurang satu bulan ni tapi keakraban kami lebih dari tu . Macam dah lama kenal , dah lama bersaudara .. Masing-masing saling membantu , saling sayang- menyayangi .. Sedih .. sedih bila sukem dah habis .. Dah tak dapat nak habiskan setiap masa yang ada tu di bilik gerakan sukem .. Di situ la kami semua mula kenal satu sama lain , mula rapat , mula teguh bersama .. Tempat tu jugak la setiap suka , duka , masalah dan segala assignment yang pensyarah disiapkan di situ .. yaa.. di situ .. Walaupun sukem dah habis tapi kami still rapat walau pun masing - masing busy dengan hal masing-masing dan dah makin susah nak bersua muka . walau pun ada aktiviti lain yang aku libatkan diri di sini , this one is the best ever setakat ni . . Ramai yang melihat keakraban ni dan merasa cemburu dan ingin menjadi sebahagian dari kami . Oleh itu , aku bangga kerna aku berada di keluarga kedua ku ini . keluarga yang sentiasa bekerjasama tak kira waktu , tanpa mengira itu kerja siapa , sentiasa menjaga satu sama lain kalau ada yang sakit . Ini pengalaman , pengalaman keluarga yang sangat manis . alhamdulillah , dengan berjaya mengumpul pingat terbanyak iaitu 24 pingat berbanding kolej lain .. aku bahagia dapat berbakti dan bersama keluarga ini .
SYAKILA
SYAKILA
Sunday, 25 October 2015
AKTIVITI KOLEJ
Dulu aku ni bukannya jenis yang suka join sangat aktiviti –
aktiviti kat sekolah ka matrik ka lepas habis sekolah rendah ni .Tapi tak tahu
lah sejak masuk universiti ni rajin pulak nak join aktiviti – aktiviti yang ada
kat sini tambah- tambah aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kediaman . Kononnya
nak penuhkan segala waktu yang terluang tu sebenarnya tapi sekarang ni macam tak
ada waktu untuk diri sendiri pulak . Tapi apa – apa pun aku sebenarnya rasa
enjoy dengan semua benda yang aku join sebabnya rasa banyak pengalaman yang aku
dapat walaupun baru berapa bulan duduk kat sini . Tak semua orang dapat rasa
pengalaman yang sama yang aku rasa . Rasa walaupun sibuk tapi berbaloi la jugak
. Sebenarnya semua ni tertakluk kepada diri sendiri sama ada nak dapatkan
pengalaman hidup atau pun hanya pergi kuliah kemudian balik dan terperuk dalam
bilik sahaja .
SYAKILA
SYAKILA
SESAL
Orang cakap Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada
gunanya . . aku cakap sesal dulu tak tulis nota dengan detail sesal kemudian
padan muka salah jawab exam . haishh.. sebelum ni buat latihan tak pun tugasan okay
ja rasa . Boleh jawab dengan jayanya . cisss … Mungkin sebab nama pun lab test
kan jadi perasan gemuruh tak pun gementar tu la kot yang membuatkan lupa habis
walaupun benda tu sepatutnya senang dan tak sepatutnya lupa . Walau bagaimana
pun aku rasa aku dah buat yang sehabis baik pada masa tu yang aku boleh buat
walaupun rasa sesal sikit bila nampak kesalahan- kesalahan yang tak sepaptutnya
aku buat . Memang tak patut tambah- tambah benda tu yang paling ingat sebelum
jawab exam tapi bila jawab exam , punoh . Tapi tak pa lah masih ada lab test
yang menunggu kan . erk .
SYAKILA
Sunday, 18 October 2015
BEBAN
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .. itulah
beban . Setiap beban ada beza susahnya . Beban juga kadang dikaitkan dengan
tanggungjawab dan amanah . Lebih banyak beban ditanggung maknanya lebih banyak
tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tak semua sanggup menanggung beratnya beban
tambah – tambah beban tanggungjawab.. Tapi hakikatnya manusia , pasti ada beban
yang perlu ditanggung . Beban akan jadi mudah jika bijak kita mengawalnya .
Beban akan bertambah berat bila kita biar beban terus menjadi beban .. tanpa
fikir jalan penyelesaian . Beban itu akan lebih ringan andai ditangani bersama
dan difikir semasak – masaknya jalan penyelesaiaannya .. Aku pun berasa beban
nak kena menulis pasal beban ni .. hehe . Ini adalah beban , bukannya bebal .
Kerana beban adalah beban . dan bebal adalah bebal .
SYAKILA
SUKEM
Bermula daripada 17/10/2015 bermula la SUKEM di ukm . Aku
pelajar dari kolej keris mas , Salah seorang sekretariat atau pun kami panggil
Family Sukan ditugaskan sebagai timbalan eksekutif 2 bahagian jamuan . That’s
mean segala makanan para atlet dari Keris Mas perlu aku uruskan . Dah aku
Timbalan 2 mesti la ada Timbalan 1 dan ketua eksekutifnya kan . Tapi yang
peliknya setiap masalah yang berlaku mesti aku yang akan dicari dulu dan aku perlu
pikul tanggungjawab 3 orang jadi tanggungjawab seorang . Kadang – kadang aku
tertanya la jugak dari sebelum mula SUKEM ni lagi , aku ni buat kerja
berkumpulan ke buat kerja sorang – sorang ? Nak uruskan para atlet ni bukan
mudah disebabkan karenahnya yang pelbagai . Dah la semalam atlet - atlet tu
dapat makan nasi tomato keras , lambat pulak sampai haa .. Dekat aku jugak
dibebelnya dan aku jugak la yang mep sukan cari bising – bising kat telinga aku
. padahal tu salah kafe kot . Yang lagi dua orang depa x bebel pun … haishh
maroh ,maroh , maroh… Aku x kisah untuk buat semua ni cuma bila dinamakan kerja
berkumpulan segala yang berlaku kena la tanggung bersama . Bukan yang lain
rilek dan bertenang – tenang x perlu fikir apa – apa dan aku seorang je yang tanggung
. Kepada yang sanggup tolong tu memang aku hargai sangat . Kepada yang
menyusahkan hidup aku sepanjang SUKEM ni kau tunggu hari kau pulak . haha .
SYAKILA
Sunday, 11 October 2015
PERSIAPAN SUKEM
11 Oktober 2015, Ahad. Harini hari paling stress tapi dalam
masa yang sama sangatlah happening. Aku saje saje ajak kawan aku jogging
(jalan2) satu UKM but ended up dari KKM pergi stadium then patah balik KKM.
Tetiba terjumpa pulaklah MEP Sukan KKM ni yang botak yang confirm semua orang
kenal (dia jelah yang perasan) belanja kitorang breakfast rupanya rasuah semata
- mata. Dia suruh kitorang buat keje Setiausaha yang berlambak. So kitorang
kononnya dengan rela hatilah pergi buat segala kerja Setiausaha dekat bilik
gerakan sukem kkm dari pukul 11 pagi sampailah detik ini dan mungkin selamanya
bertapa kat bilik gerakan sukem ni. Macam2 lah aktiviti yang kitorang buat
daripada tidur, makan, main badminton, solat sana sini macam pelarian Mongolia.
Haishh .. Malam ni kitorang plan nak pergi tengok budak2 sekolah buat
persembahan budaya pulak kat dewan kkm . Kepada setiausaha yang tiga orang tu
aku tak tahu la korang pergi mana lain kali buat la kerja sendiri sampai habis
ye . tapi okay jugak la breakfast , lunch dan bakal dinner aku dapat free hari
ni . Okay tu ja kesimpulan daripada apa
tak tahu nak tulis .
SYAKILA
SYAKILA
Saturday, 10 October 2015
10 / 10
Disebabkan tema pada minggu ini 10/10 maka
tertulis lah post ini pada 10/10 iaitu hari ini . Mula-mula terfikir la jugak
kenapa tema minggu ni 10/10 kan . Rupa-rupanya hari ni Hari Sukan Negara . Bangun
pagi 10/10 jugak la yang baru tahu pun . teruk bebenor laaa ..
Tarikh 10/10 ni tak ada apa yang special pun bagi aku sebab terperuk dalam bilik kononnya nak siapkan semua assignment yang tertangguh . Sapa suruh buat last minute kan , padan muka hang .. Tapi tak ada la terperuk sangat pun . Ada keluar jugak dari bilik tu . Tak sanggup wehh nak duduk dalam tu ja. Tapi apa – apa pun pada tarikh ni jugak aku berjaya siapkan semua yang tertangguh tu . HEAVEN . Esok boleh lepak – lepak , rilek – rilek sikit . huhu .. Tak lupa jugak assignment mail merge yang aku blur tahap apa pun tak tahu nak cakap berjaya disiapkan . Lega rasa hati weh . Nasib la sapa yang aku ganggu seharian ni sebab nak siapkan assignment punya pasal.
SYAKILA
Sunday, 4 October 2015
MENTOR
Untuk tajuk minggu ni nak kena cakap pasal mentor ..
Tapi bukannya nak cakap pasal rancangan realiti mentor kat tv3 tu lah sebab
kalau nak cerita pasal rancangan realiti tu pun bukannya duk tengok pun.
Terutamanya pelajar matrik rasanya dah biasa dengar program mentor mentee ni .
Dalam sebulan sekali mesti akan diadakan program ni di mana setiap praktikum
atau kelas ada mentornya sendiri. Nasib baik la masa dulu-dulu tu dapat mentor
yang sangat baik . Macam kakak-kakak . Nak cakap macam mak-mak tak boleh sebab
mentor tu muda lagi . hehe.. Kiranya mentor ni pembimbing la dan banyak bagi
nasihat dekat student . Mak ayah jauh jadi mentor ni lah penggantinya .
Bila masuk je universiti ingatkan dah habis la
program ni rupa-rupanya ada lagi . aduhai .. tapi sekarang ni dah tak ada dah
praktikum bagai tu.. Ikut nombor matrik pulak . Berita yang agak menyedihkan
pasal program mentor ni adalah bila dapat tau mentor aku tu pensyarah aplikasi komputer
yang menyebabkan nama aku terkeluar dari sistem dan terpaksa daftar manual
balik .. haishh sabar ja la nak.. Tapi lepas jumpa dia tu okay lah . Ini baru
macam mak-mak . Tak jadi nak kecam tapi aku ada la bagi tau dia pasal dia yang
menyebabkan nama aku tak ada dalam sistem tu .. kot-kot dia rasa serba salah ..
hehe .. Program ni dibuat sebenarnya untuk kebaikan student sendiri supaya
student tak terlalu stress mungkin . Cuma yang stress sekarang fakulti ekonomi
pengurusan ja ada program ni . Ini yang tak dapat diterima sebab nak jumpa
pensyarah selalunya susah tau tak . Sepatutnya semua fakulti kena buat . baru
la dikatakan adil dan saksama . J
LEPAK
Disebabkan ada orang tanya Penang tempat lepak kat mana kan so sekarang
ni nak cerita la sikit kat mana tempat lepak tu . Kalau nak cari tempat lepak
yang best-best kat Penang tu
bersepah sebenarnya . Bukannya setakat Padang Kota tu ja faham? Hehe..
Salah satu tempat yang sesuai untuk semua golongan
umur untuk lepak ialah dekat Vision Park, Kepala Batas . Tempat ni nak kata
baru tak ada la baru sangat nak kata lama pun tak jugak . Kemudahan kat sini
pun banyak tambah-tambah kalau nak solat tu ada masjid yang sangat dekat dan
masjid tu sememangnya sangat cantik .Lebih kurang masjid negara gitu . Salah
satu penarik kat tempat tu lah . Vison Park ni ala-ala tasik taiping tu sebab dia ada tasik dekat belakang masjid dan ada
kemudahan untuk orang ramai untuk menyewa itik kayuh untuk keliling tasik tu .
tak tahu orang panggil apa aku panggil itik kayuh ja . Selain tu, tempat tu
sesuai untuk buat hari keluarga , program santai dan jogging pun boleh . Kira
sesuai untuk buat banyak benda la.Nak selfie ke wefie pun cantik. Baru-baru ni
pun program Fit Malaysia pun ada buat kat tempat tu jugak. Selalunya waktu
paling ramai orang setiap petang la.kesimpulannya , Bukannya Padang Kota saja
tempat lepak yang ada kat Penang tu . Banyak sangat kalau cerita sampai nak
bagitau mana satu dulu pun cek xtau .
Subscribe to:
Comments (Atom)